Pernah ke anda semua dengar bahawasanya yoyo adalah sangat baik untuk otak. Yoyo bukan sekadar permainan yang dilempar kemudian ditangkap semula saja. Ada khasiat disebalik lemparan dan tangkapan tu. Aku dapat pengetahuan ni dari Malaysia Kini melalui twitter.
Ni antara petikan yang mengatakan bagaimana yoyo baik untuk otak
Ahli psikologi klinikal Datuk Dr Mat Saat Baki menjelaskan bahawa permainan yo-yo bukan sekadar menghayun dan menangkap semula gandar roda yang disambung dengan tali.
“Bermain yo-yo akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak”, katanya.
“Terdapat empat proses utama otak semasa bermain yo-yo iaitu tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan manual,” katanya.
Ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seseorang pemain boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri yang juga memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.
Pada masa yang sama, bahagian kanan otak yang lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan gerak hati dalam melakukan sesuatu adalah bertanggungjawab kepada kreativiti.
Jadi, jom la kita ramai-ramai beli yoyo. Permainan yang kos nya tidak makan perbelanjaan yang tinggi tapi bagus untuk otak kita. Memang tak rugi kalau kita main yoyo.






