Pernah dengarkan Vaksin HPV? Sekarang kan radio dan tv selalu putarkan iklan berkenaan dengan suntikan Vaksin HPV ni. Suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) ni dikatakan dapat mengelakkan penularan penyakit pangkal rahim. Program yang bakal membelanjakan RM150juta ini akan dijalankan pada tahun hadapan ke atas remaja perempuan yang berusia 13 tahun.
Sedikit pengenalan bagaimana penyakit ini terhasil. Kansel pangkal rahim ni hanya boleh menular melalui hubungan seks, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap bertukar pasangan. 100% ke vaksin ni boleh buat terhapusnya kanser pangkal rahim? Takde ke cara lain yang lebih bagus dan berperikemanusiaan?Kerajaan dah kaji habis-habisan ke tentang program ni?
Terdapat beberapa kisah mengenai vaksin ni yang nak aku kongsikan:
Kisah 1
Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. “Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya”, kata ibunya
Kisah 2
Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.
Dan yang best sekali apa yang dikatakan oleh Dr. Harper ni
“….saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat.” – Dr. Harper.
Kalau lah doktor yang buat tu sendiri rasa sangsi dengan keselamatan vaksin ni, apakan kita yang tak tau apa-apa mengenai vaksin HPV. Kenapa mesti program ni dilancarkan di Malaysia? Adakah sebab jenis kita ni menerima saja apa yang dilaksanakan. So, pada yang ada anak yang bakal disuntik tu, fikirlah dulu sebelum korang menandatangani surat perjanjian. Baca terlebih dahulu mengenai isi perjanjian tu.
Aku dapat tau ni masa berborak-borak dengan tunang aku dalam kereta. Tak sangka lak vaksin ni ada kontroversi. Dah tau apa lagi, google la cari info








[...] This post was mentioned on Twitter by bistari, bistari. bistari said: Vaksin HPV, Vaksin Pembunuh??: Pernah dengarkan Vaksin HPV? Sekarang kan radio dan tv selalu… http://goo.gl/fb/BfWiq [...]
[...] Bistari Corner » Vaksin HPV, Vaksin Pembunuh?? [...]
betul ke vaksin ni pembunuh???? kalo x why kerajaan mengalakkannya???
@azura ke’ai, betol ke tak tu yang disuruh kaji dulu..cuma keselamatannya belum terjamin..