Sebenarnya dah lama aku nak hasilkan entri. Start dari tarikh start exam SPM lagi. Tapi otak ni ntah fikirkan apa aku pun tak pasti sampaikan entri ni di hasilkan di penghujung exam SPM. Kepada adik-adik yang tengah menjawab SPM tu aku ucapkan selamat menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya la ek.
Tips kali ni memang aku amalkan sejak masuk dari mula aku belajar kat sekolah rendah. Dan kebanyakkannya diulang beberapa kali dari mulut mak aku. Aku amalkan dan alhamdulillah, nak kata power tu takde la tapi boleh la sebab aku ni malas study. So result aku tak leh la nak jadi power. Kalau digabungkan dengan rajinnya aku mengulangkaji pelajaran,insyaalla, rasanya makin berjaya aku dari sekarang.
1. Time cikgu mengajar sila pandang ke arah cikgu!
- yang ni memang aku amalkan dalam kelas aku start dari darjah 1(tadika kan byk main2). Ni tips paling banyak mak aku pesan. Katanya “Tengok bibir cikgu tu ngajo”. Ni la yang selalu dia pesan. Memang betul. 70% dari ilmu yang aku ingat berdasarkan perhatian yang tajam sewaktu pengajar sedang mengajar.
2. Keluar rumah/hostel/rumah sewa dengan adab
- ni pun selalu mak aku pesan. Lepas je salam mesti dia cakap, “kuar kaki kanan, baca bismillah, baca Bismillahi Tawakal to al Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah, selawat 3kali”. Insyaallah, bekalan ilmu yang kita dapat tu berkat
3. Baca doa sebelum memulakan pembelajaran
- Perkara ni biasanya kita lakukan sewaktu nak start kelas. Jangan lupa juga sebelum start ulangkaji k. Ni antara doa yang popular.Allahu Maftah Alaina Hitmataka Wansyurh Alaina Minkoza Himirah Matikama Arhamarohimin
4. Ulangkaji time orang tak suka
- Yang ni memangĀ favoriteĀ aku. Tips ni aku lakukan start form 5 di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Dah terlewat sikit la. Aku ni malas nak study, so bila nak rajin mesti ada orang tegur kata aku dah berubah. Untuk kekalkan imej aku nampak seorang yang pemalas, aku study time preb tengah hari. Waktu ni member kebanyakkan tidur, aku lak study kat bilik study yang khas. Kalau korang tanya kat budak2 kelas aku masa form 5, mesti dorang kata aku ni pemalas study tapi result gempak(padahal takde la gempak mana pun).
5. Sucikan diri sebelum nak mengulangkaji
- Mandi, ambik air sembahyang, berus gigi dan lain-lain yang seangkatan dengan membersihkan diri. Baru la tenang sikit diri tu.
Tu la antara tips yang selalu aku buat masa aku study dulu. Masuk UTM pun aku still amalkan perkara kat atas ni. Orang takkan perasan dengan apa yang aku buat. Biasalah, low profile. Sekian!








gwe da lame tamat stady heeee
Karya terbaru eiyda : meet up di klcc
@eiyda aku pun dah lama abis dah..tapi teringat zaman2 study dulu..