• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Salam sejahtera buat pengunjung semua. Orang sibuk update pasal Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25 tapi aku pula update cerita lain lak. Bukan pe, AJL tu tiap-tiap tahun ada tapi entri kali ni hanya kali ni je yang sesuai untuk di update dalam blog aku ni, tanda penghormatan kepada beliau. Korang mesti sinonim kan dengan gambar di atas ni.

Siapa tak kenal Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ni. Bila time raya je, mesti muka dia akan keluar dulu di kaca televisyen dan semestinya semua orang tunggu je muka dia keluar tv. Dialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang sememangnya korang kenal apabila bakal menjelmanya puasa, raya aidilfitri dan aidiladha kerana beliaulah yang bakal mengumumkan tarikh bagi hari-hari tersebut. Video kat bawah ni antara yang korang mesti teringat kembali kepada beliau.

Tapi bermula pada 7 Januari 2011, beliau telah bersara daripada kerjayanya ini juga sebagai Setiausaha Majlis Raja-raja. Maknya puasa dan raya akan datang kita takkan lagi mendengar suaranya yang sememangnya dah 22 tahun kita dengar suaranya di kaca tv. Suaranya bakal dirindui bagi semua rakyat malaysia.

Dan kini, jawatan tersebut telah disandang oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, mulai 10 Januari 2011 dan mari kita lihat sama ada beliau boleh menambat hati para penonton tv. Hehehehe.

Related posts:

SocialPromoter

One Response so far.

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by bistari. bistari said: Bistari Corner » Suaranya Bakal Dirindui bila Raya Menjelma http://t.co/41oyCoQ [...]


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: