• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Salam semua. Ada sihat ke? Yang tak sihat sila makan ubat. Kalau tak nak nanti sakit melarat jangan salahkan aku lak ek. Hehehe. Sekadar mukadimah untuk entri kali ni. Ok, macam la tajuk kat atas ni, aku sekadar nak berkongsikan antara laman web Social networking yang pernah aku layari. Boleh tahan la banyaknya. Sekadar suka-suka untuk mencari lebih ramai kenalan di alam cyber. Macam-macam kita boleh dapat dari sini. So, mengikut perkiraan aku la kan, ada la dalam 6 website yang pernah aku kunjungi. Kat bawah ni antara listingnya

1.

Ni merupakan 1st laman web social networking yang pertama aku daftar. Aku kenal ni time aku study kat UTM dulu. Member aku yang kenalkan. Ye la. Zaman U dulu kan popular dengan friendster ni. So friendster ni lebih bertujuan ke arah aku buat collection rakan-rakan sekelas aku masa belajar. So bila time abis nanti boleh la ikuti perkembangan mereka semua. Sekarang aku dah kurang buka laman web ni sebab banyak sangat debug dia membuatkan aku bosan.

2.

Ni pula yang ke-2. Kenalnya dari skodeng budak-budak kat CC. Aku tengok ramai yang layari website ni. Best ke? So aku pun mula skodeng address website ni dan baru aku tau ia seakan-akan friendster juga. Tapi website ni dikatakan ramai budak-budak belasan tahun. Waktu aku kenal ni masa aku dah abis study dan nak g main game kat CC. Hot layan Counter Strike time ni. Hahaha.

3.

Ni laman web 1st buatan Malaysia aku join. Agak menarik juga la. Tapi disebabkan baru lagi so banyak debug yang aku jumpa masa aku layari. Sekarang aku dah tak join dah. Bukan apa la. Lupa password dan aku tak tau macam mana aku nak dapatkan balik password atau nak reset balik password. Takde butang yang disediakan untuk aku berbuat sedemikian rupa. Dari mana aku kenal aku dah lupa la. Tapi macam aku kenal dari blog seseorang. Aku tak pasti dari mana. Lupa lak dah. Ni la akibatnya kalo makan semut banyak sangat.

4.

Yang ni lak aku sekadar register je. Memang tak active langsung. Bukan apa. Pada awalnya aku nak main game online yang member aku main tu. Time tu ngah hot Mafia Wars. So aku pun register la kat sini. Try gak add member tapi kebanyakkannya tak response langsung pada aku. So membuatkan aku boring untuk menggunakannya.

5.

Ni antara yang still masih hot penggunaan buat masa sekarang. Syok juga layan laman ni. Bukan apa. Kita boleh menyampuk status orang atau sahabat kita dengan mengomen status dorang. Kat sini gak aku jumpa balik rakan-rakan aku yang memang dah lama aku lost contact terutamanya member di sekolah teknik dulu. So kat sini la aku jumpa diorang balik dan kembali mengeratkan hubungan yang dah hampir terputus. Thanks facebook. Lupa lak, aku kenal ni dari radio hot.FM. Asyik dok sebut je facebook, tu aku try buka. Pada awalnya cam tak best tapi sekarang ok la.

6.

Ni yang terbaru aku join. Rasanya tak sampai 1tahun lagi dari tarikh yang aku taip ni la. Nanti-nanti kalau korang dah baca confirm la dah 1tahun. Aku kenal ni dari blog anarm tak silap aku. Sebab aku tengok dia letak status kat sidebar dia. Mula-mula aku tak berapa layan gak twitter ni tapi disebabkan sesuatu yang tak dijangka so aku jadikan ia sebagai salah satu laman web yang akan aku buka setiap hari.Apa dia?Nanti la akan aku beri tahu. Ni pun ada la kang yang menyampuk. Percayalah. Dalam ni kebanyakkannya blogger-blogger yang rajin mengupdate blog diorang. Bukan macam aku ni.

Tu la antara laman web yang pernah dan sedang aku kunjungi. Mybe korang lagi banyak dari aku kot. Cukup la banyak ni je untuk aku. Dah tak terlayan dah semuanya. So pe pula yang korang pernah kunjungi. Kasi kongsi la. Dan dengan ini aku kongsikan link listing social networking websites kat dunia ni yang di search di wikipedia : List of social networking websites

Related posts:

SocialPromoter

6 Responses so far.

  1. lyshabella says:

    gua nak nyampuk..jgn berahsia bang abu woiii..
    Wakakakaka..

  2. Anarm says:

    aku tau nape ko salu masuk twitter skang nih… hak3..
    .-= Anarm punya blog terakhir..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers =-.

  3. eiyda says:

    aku nk nyampok gak..hahha..selalu msuk twitter bersebb hahah..kantoi2…kepak bing2…ahahah
    .-= eiyda punya blog terakhir..eiy_Da :: MAri BercinTA:: =-.


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: