• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Dah nak penghujung bulan 2 ni baru la dapat idea nak tulis pasal apa. Kalau tak, makin bertambahlah sawang kat blog aku ni. Dapat idea ni pun sebab hari tu, nampak kereta berpusing-pusing depan mata aku sendiri dan depan kereta aku. Nasib baik aku dah ready awal-awal. Kalau tak sekali dengan aku pun join sama dengan kereta dia.

Disebabkan kemalangan ni, aku terfikirlah nak buat 1 entri pasal sikap pemandu di Malaysia ni yang selalu dilakukan di jalan raya yang kebanyakkannya bakal mengundang bahaya(aku pun buat gak sekali sekala ;-) )

1. Bagi lampu isyarat (signal) last minit

  • Yang ni memang paling ramai manusia di Malaysia ni buat. Time tu la nak tukar lorong, time tu juga la dia bagi signal. So nak ikutkan, tak payah bagi signal pun takpe. Sama je. Kalau kereta belakang tu sempat break selamat la, kalau tak, dah  confirm nanti nak salahkan kereta yang langgar tu, kata dah bagi signal.

2. Masuk simpang kiri dari lorong paling kanan

  • Peristiwa ni la yang aku tengok baru-baru ni. Dah tahu nak masuk simpang, apa salahnya awal-awal lagi tukar lorong. Ni tidak, dari lorong ke-3 main cross je sebab nak masuk simpang yang dah nak terlepas. Kalau ada kereta atau motor, tak ke merbahayakan pemandu yang lain. Kalau korang yang tak berlanggar, orang lain la yang berlanggar sebab nak mengelak dari dilanggar.

3. Pandang remeh pada lampu break ke-3

  • majoriti pemandu kita akan alert dengan break pada lampu break ke-3. Terutamanya pada waktu malam sebab malam ni, kita pasang lampu belakang. lampu break 1st & 2nd tu dah nak sama dengan lampu belakang. Sukar untuk dibezakan. Aku dah berapa kali dah nak sondol kereta yang takde lampu break ke-3 ni.

4. Terlalu banyak break

  • Yang ni aku paling menyampah. Takde apa-apa kat depan tapi lampu break menyala. Memang bahaya tambah-tambah di lorong paling laju. Dah tau tak yakin dengan pemanduan, pandu la di lorong yang sepatutnya. Ini asyik break je sampaikan kadang-kadang macam nak berenti dah kereta tu.

5. Pandu perlahan di lorong laju

  • Ini kalau kat highway memang ramai orang buat camni. Agaknya masa ambil lesen ari tu, mereka ni diajar macam tu kot. Kalau aku balik kampung, ikut karak highway, aku lagi suka ikut lorong pertama. Lagi kurang kereta dari lorong ke-3 sebab kebanyakkan kereta mewah yang dipandu perlahan bersepah-sepah kat lorong ke-3.  Korang ingat kereta mewah kena duduk kat lorong ke-3 je kot.

Setakat ni aku bagi lima je dulu sikap pemandu malaysia yang agak “berhemah” ni. Kalau semua la macam ni, memang geng callman & towing kaya la.

Related posts:

SocialPromoter

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: