• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh (dengan nada si ustaz kecil drama Qalesya)

Alhamdulillah. Dah hampir sebulan kita semua berpuasa. Menahan diri daripada makan dan minum serta menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar di samping menjalankan amal ibadah yang jarang ditemui di bulan yang lain. Sungguh tidak terasa bulan Ramadhan al-Mubarak ini sudah semakin sampai ke penghujungnya dan bulan Syawal yang bakal menjelang.

Jadi sempena akan menjelangnya Syawal yang bakal tiba, seperti biasa dan memang kebanyakkan blog akan membuat satu entri berkenaan dengan raya dan tak terlepas juga la di Bistari Corner ini. Aku, Adi Bistari Abdullah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelawat-pelawat, pembaca-pembaca, pemerhati-pemerhati di Bistari Corner ini.

Di sini aku ingin meminta maaf sekiranya ada entri-entri aku yang tersinggung mana-mana pihak. Mana la tau kan ada yang “Silent Reader” ni yang terasa hati tapi tak ingin nak komenkan kat sini. Kalau ada tu kira 0-0 je la ek. Jangan la tak maafkan pula ye.

Dan dengan ini juga aku sertakan kad raya versi digital kepada semua rakan-rakan aku yang membaca blog ni. Kalo anda semua masukkan aku dalam senarai facebook aku boleh tagkan nama-nama anda semua. Klik di sini untuk add aku dalam facebook anda.

Kad Raya ini khas dari aku untuk semua rakan-rakan blog

Kad Raya ini khas dari aku untuk semua rakan-rakan blog

Ok. itu saja la dari aku dan sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Wassalam.

Related posts:

SocialPromoter

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: