• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Salam 1 Malaysia semua. Kali ni BC nak berkempen berhenti merokok. Bukan apa. Sebenarnya, BC baru je terbaca kat Utusan Online hasil dari status Anarm Network mengenai hasratnya yang nak berhenti merokok dari dulu di Facebook. So BC pun google la untuk tahu apa sebenarnya berlaku.

Hasil google mengatakan bahawa rokok di Malaysia ni bakal dinaikkan harga lagi berkuat kuasa 5 Oktober yang lalu. 1 batang 1¢ tu. Kalau 1 kotak ada 20 batang jadi kadar kenaikannya adalah 20¢ sekotak. Yang jenis perokok tegar ni 1 kotak yang 20 batang punya dalam 1 hari dah habis. darab dengan 30 hari makan kadar kenaikan bagi taraf hidup mereka ni dalam masa 1 bulan adalah RM6. Nampak sikit kan? Tapi kalau dah didarabkan dengan harga 1 kotak sebenar dah berapa dah tu. Anda kira lah sendiri. BC malas lak nak mengira hari ni. :-P

Nasib baik BC dah berhenti merokok. So naik turunnya rokok, BC tak ambil port(sebab tu lambat sikit tahu pasal kenaikan harga ni). Alhamdulillah, setakat ni dah lebih 1tahun BC berhenti merokok. Kadang-kadang penyakit sangap pening bila bau asap rokok ni ada la juga. Tapi BC berjaya tahan la dari follow balik hasutan syaitan ni. Ingat lagi masa mula-mula berhenti dulu. 3 hari BC demam panas.

Banyak faedah berhenti merokok ni. Paling ketara kita dapat lihat mengenai duit poket kita. Memang terasa perubahan. Nak beli apa pun tak perlu nak fikir bekalan ke-2 tapi aku rasa bekalan pertama bagi perokok-perokok tegar. Dari beli makan, baik berlapar nak beli rokok. Betul tak perokok-perokok sekalian?

Sebelum mengakhiri entri kali ni, BC nak kasi kongsi beberapa video yang agak menarik untuk perokok-perokok tegar ni.

Related posts:

SocialPromoter

4 Responses so far.

  1. acong says:

    terbaik kempen ko ni..hehehe

  2. army4war says:

    wow takjub bro.. tahniah aku assume ko dah berenti sepenuhnya ek.. cayaaa laaa..
    Karya terbaru army4war : Lagi Bukit Tinggi Padang


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: