RM50 Punya Pasal 20

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Harga rokok mungkin RM50

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja.

Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

”Peranan yang dimainkan oleh media seperti Utusan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu merokok sangat kami hargai,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, adalah kurang tepat untuk menyimpulkan yang kementerian gagal dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.

Katanya, lebih-lebih lagi jika pandangan itu dibuat selepas hanya beberapa pemerhatian mudah dan bukannya melalui penyelidikan saintifik yang berwibawa.

”Hasil dua tinjauan besar yang dijalankan oleh pada tahun 1996 dan 2006, iaitu Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2 & 3, kadar merokok sebenarnya telah menurun sebanyak lebih dua peratus.

”Justeru kementerian juga tidak bercadang untuk menutup atau memansuhkan kesemua 270 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikatakan gagal mencapai matlamatnya.

”Malah dalam perancangan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), klinik itu akan diintegrasikan ke dalam perkhidmatan lain yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Petikan dari Berita Harian

Mesti anda semua dah tau kan pasal isu harga RM50 yang dicadangkankan ini bagi aku seolah-olah tak masuk akal langsung. Sekiranya betullah kerajaan ingin melaksanakan cadangan ini dalam masa terdekat ini maka kerajaan perlu memikirkan beberapa masalah besar yang bakal kerjaan hadapi. Ok. Mari aku senaraikan masalah-masalah ini.

1. Kerugian hasil pendapatan

Cuba kita fikirkan berapa banyak kerajaan rugi sekiranya harga rokok dinaikkan. Ramai yang tak mampu beli dan ramai yang berhenti merokok. Cukai dari peniagaan rokok ni aku rasa antara penyumbang juga kepada ekonomi negara. Walaupun nampak kecil tapi aku rasa cukup banyak untuk kerajaan tanggung kerugian.

2. Keretek semakin berleluasa

Ni la puncanya kerajaan pun bakal rugi besar. Bila banyak rokok-rokok sejenis dengan suria dan nusantara ni melawat Malaysia maka kerajaan bakal berputih mata. Sebab rokok-rokok ni kebanyakkannya diseludup dari negara jiran. So hasil cukainya terang-terang la tiada. Penjual untung kerajaan bakal berputih mata.

3. Penutupan kilang dan pengangguran

Nak ke kilang-kilang rokok ni bungkus kat negara Malaysia tercinta ni? Ye la. Dah perokok berkurangan. Duit tak masyuk. Nak bayar gaji pekerja macam mana. So terpaksa buang pekerja. Pekerja lak pening kepala nak fikirkan rezeki mereka. Kerajaan nak biayai ke semua mereka ni?Jawapannya mesti la tak kan.

4. Jenayah meningkat

Ni yang kita takut. Ye la. Berapa ramai antara perokok ni hanyalah rakyat biasa. Bila kerajaan naik rokok sampai ke tahap yang rakyat tak mampu tanggung maka kes rompak, curi dan seangkatan dengannya bakal menjadi pilihan perokok-perokok yang pendapatannya tak tetap. Macam mat dadah la. Harga tinggi tapi keinginan tu nak so jadinya nak senang mencuri la.

Ni la antara kes besar yang bakal kerajaan tanggung kalau mereka laksanakan RM 50 untuk sekotak rokok berisi 20 batang. Tu baru 3. Mungkin ada lagi yang bakal kerajaan tanggung sekiranya cadangan ini dilaksanakan. Apa pandangan anda semua mengenai cadangan RM 50 untuk sekotak rokok berisi 20 batang

Kongsi Link

20 thoughts on “RM50 Punya Pasal

  1. Reply x-po Jan 22, 2010 10:49 am

    drpd naikkan harga rokok, baik naikkan harga arak, benda yg sememanya haram, yg selalu duk diminum oleh bdk melayu
    .-= x-po punya blog terakhir..MALAM PERTAMA AKU YANG BEGITU MENDEBARKAN =-.

  2. Reply apiih Jan 22, 2010 12:21 pm

    satu tindakan yg tidak wajar sekali…hahahahahahahaha

  3. Reply army4war Jan 22, 2010 2:56 pm

    aku tau bukan senang nak berenti merokok terutama perokok2 tegar.. kenaikan harganya yang mendadak akan menimbulkan ketidakpuasan hati perokok.. aku sendiri kurang pasti agenda disebalik kenaikan harganya yang mendadak nie.. aku sebagai bukan perokok cuma sebagai 2ndhand smoker je nie (ces).. sekali imbas melihat idea ni mcm tak begitu praktikal.. pasal.. banyak kesan lain yang bakal dihadapi.. antara sebab2 yg ko tulis tu, aku terpikir gak.. mencuri.. merompak.. ragut.. seludup.. sebab bende ni berkait dengan ‘edicted’ punya kes.. erm.. ntah la labu.. aku sebagai pemerhati je.. 4 now.
    .-= army4war punya blog terakhir..Saat Genting =-.

    • Reply Bistari Jan 22, 2010 3:02 pm

      @army4war, betol tu(panjang lebar ko ulas ek)
      tu la sebab-sebab besar yang bakal berlaku..
      diorang ni tak pernah terfikir ke tentang cadangan yang diajukan..
      dah la sekarang tengah kucar kacir..
      ditambah dengan hal kecil ni..

  4. Reply Anarm Jan 22, 2010 9:03 pm

    rokok SAAT pn naik gak ke? adehh.. wakakakka
    .-= Anarm punya blog terakhir..Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010 =-.

  5. Reply eiyda Jan 25, 2010 1:21 pm

    Bukan dah der Negeri yang mengHARAM kan rokok ke?
    .-= eiyda punya blog terakhir..eiyDa :: Banyaknyer Kaki:: =-.

  6. Reply eyra Jan 26, 2010 12:04 am

    mmg dah keluar fatwa negeri pahang mengharamkan rokok. pakcik i dah gelisah beb

  7. Reply Bistari Jan 26, 2010 12:08 am

    @eyra, kalau hisap pe jadi ek?
    maknanya semua kedai tak leh jual rokok la kan?

  8. Reply yash Feb 16, 2010 8:13 pm

    iskkk… naik harga tinggi2 pown x dek nya org yang merokok nie nak benti.. mcm x dek jenis rokok2 lain.. skang nie mcm2 jenis rokok pelik2 kawan aku isap sebab yg dunhill ke malboro ke mahal.. tgk luffman la.. pahtu mende tah rokok apa nama tu panjang2 tapi slim je menthol kuat.. huk3 alah kerajaan poyo je nak naik kan tak pikir nanti ekonomi jatuh teruk sebab cukai rokok tggi woooo!
    .-= yash punya blog terakhir..4 Website Pilihan Uji Kelajuan Internet =-.

    • Reply Bistari Feb 17, 2010 1:12 am

      @yash, betol tu..kalo kerajaan memang akan laksanakan kenaikan harga ni maka dorang bakal hadapi ancaman dari segi ekonomi dan sebagainya. ye la.buka senang nak buat benda yang bakal merugikan diri sendiri..

  9. Reply drunbella Feb 17, 2010 10:44 am

    makin kaya lah kerajaan nti.
    hihihihi.
    =)
    .-= drunbella punya blog terakhir..Apo Kono Eh Jang =-.

  10. Reply ahmadyusrie Mar 23, 2010 10:49 am

    salam,
    setakat yg aku baca la kan, rokok ni berat kepada haram walaupun ada sesetengah yang masih nak argue.
    kalau fikir secara logik pun, tak ada faedah merokok…memudaratkan lagi ada..
    jadi aku tak kisah apa kerajaan nak buat selagi amalan merokok ni dapat dikurangkan di kalangan rakyat malaysia.
    maaf ye kalau komen ini menyinggung, sekadar pendapat peribadi.
    *peace*

  11. Reply mfadhlan Sep 30, 2010 5:04 pm

    erk…haramkan je rokok….rezeki ada kat mana-mana je…
    hari tu dah ade fatwa haram kat selangor, tapi lastly senyap je…ulamak xsepakat kot…
    bagi yg kerja kilang rokok tu, boleh la cuba nasib kerja tempat lain…rezeki Allah luas…
    cuba anda bayangkan negara tanpa rokok…sedapnye hirup udara bersih…dok makan kat restoran…xde yg isap rokok…selera je aku nk makan…
    sorry to say that smoker is 3rd class community..(xleh hisap rokok merata2 tempat)
    Bukan nak anti yg hisap rokok….tapi anti spe2 yg hisap rokok tanpa izin orang2 sekitar yg xsuka asap rokok..
    Karya terbaru mfadhlan : Santapan Perutku di Malam Hari

    • Reply Bistari Sep 30, 2010 10:48 pm

      @mfadhlan, hehehe..maunye ulamak x sepakat..ade juga yang kat agama tapi hisap rokok..tu yang bercanggah tu..bukan senang nak haramkan sesuatu yang dah dihalalkan dulunya..betol tak?

Leave a Reply

  

  

  

Pastikan Tatasusila anda di dalam komen yang anda sampaikan. Jika komen anda bakal menyinggung perasaan orang lain, admin akan delete serta merta. Komen berunsurkan politik adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin tidak akan bertanggungjawab di atas komen anda.

CommentLuv badge

Notify via Email Only if someone replies to My Comment

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)