• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

reunion1Bertarikh 27-28 Jun yang lepas telah berlangsungnya pengumpulan semula rakan-rakan aku yang telah lama terpisah. Ni kali ke-2 reunion dilakukan. Jumpa balik rakan-rakan lama di bangku sekolah dulu memang masyuk gila. Ada yang dah dekat 9 tahun tak jumpa. Ye la. Macam aku ni setakat PMR je kat Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman ni. Lepas PMR aku dah gerak ke Sekolah Teknik Bentong. Tu yang dekat 10 tahun tak jumpa. Ni antara catatan aktiviti yang berlaku pada hari kejadian.

Lebih kurang jam 1.30 petang:

Aku bersama 3 orang rakan tiba di Bougen Villa Resort. Sampai sana still tiada rakan-rakan yang lain. So duduk la tercongok kat bawah pokok. Panas tak hingat. Aku ambil gitar yang aku bawa dan berdendanglah kami di tepi kolam yang indah

Dekat-dekat 2.30 petang:

Cek in ke bilik yang dah di  bayar(walaupun time tu aku tak bayar lagi kat pemungut, kira orang kuat yang bikin reunion ni jadi la). Besar juga bilik dia. Aku dengan 2 orang rakan aku ni terbungkang atas katil. Seorang lagi kat bilik sebelah. Tak boleh duduk sekali. Haram. Hahahaha. Rakan seorang lagi tu perempuan. Aku main lampu. Tutup lampu utama dan pasang lampu tidur. Baru romantik. Hahaha.

Pukul 3.15 cam tu la :

Perut masing-masing dah berbunyi. “Rileks”. Kata rakan aku seorang ni. Bukan apa. Kena tunggu rakan-rakan yang dalam perjalanan sampai dulu. Pastu baru la pergi melahap untuk memberi perut selesa. Aku lepak pula bersama 2 orang rakan aku tadi tu di tepi bukit mengadap pantai. Skodeng orang mandi. Hahaha. Rakan aku 2 orang ni tak habis-habis belek handset yang baru di beli kat hentian Seremban.

3.40 petang kot:

Sampai la rakan-rakan yang aku tunggu tadi. Laki bini dan seorang yang aku mula-mula ingatkan orang gaji dia. Rupanya rakan sekelas aku dulu. Aku dan rakan aku ni dah tak sabar nak cari nasi. Perut dah menyanyi tak tau la berapa lagu dah. Gerak ke dataran Teluk Kemang mencari nasi.

Pukul 4 rasanya:

Sampai di Dataran Teluk Kemang dan pencarian nasi bermula. Pusing cari lauk yang banyak. Dah jumpa ambil nasi, pilih lauk, duduk dan serang. Aku makan ikan goreng, dengan sayur apa nama entah di kuatkan dengan sambal tempoyak. Erkkkkk. Alhamdulillah. Kenyang perut aku. Dah settle semua gerak ke resort semula.

Jam time ni tak ingat. Tapi pukul 5.00 kot:

Dah puas main perut kat katil bermula lah penjelajahan ke pantai. Time tu rakan-rakan lain belum tiba lagi. Tapi aku dengan 2 orang rakan ni tak sabar dah nak terjun ke pantai. Serang!!! Kecebus. Tak mandi lagi la. Silap tempat. Kat situ banyak batu karang. So pilih port baik sikit. Dah jumpa baru la kita menyelamkan diri. Kalau tak tenggelam terapung la. Mandi-mandi sambil mata mencari-cari awek yang lalu lalang. Hahaha. Dasar mata keranjang. Puas mandi kami jalan lak di tepi pantai yang indah.

Jam 6.45 agaknya(sebab matahari nak terbenam):

Puas dah mandi dan jalan-jaln. Gerak ke resort untuk tengok kalau-kalau ada rakan-rakan yang lain dah tiba. Tepat sekali. Dah ada rombongan lain sampai. 3 orang minah yang memang aku kenal dan 1 mamat yang aku tak cam siapa. Rupanya mamat tu pakwe si minah seorang ni. Stetelah bertegur sapa aku dan rakan 2 orang tadi tu naik ke resort. Tak puas mandi, bilas pula badan dengan terjun ke kolam renang yang disediakan. Kat sini rakan aku mengajar cara menenggelamkan badan ke dasar kolam.

Jam 8 malam :

Semakin ramai rakan-rakan yang akan menyertai reunion kali ini tiba. Malam kemuncak la katakan. Karaoke dan BBQ. Ini la yang di tunggu. Tengok dah ramai orang pergi makan tapi aku dan rakan-rakan lelaki masih berborak dan bergelak ketawa menceritakan kisah-kisah sewaktu di asrama dahulu. Kelakar juga bila dikenang.

Dekat-dekat jam 8.30 Malam:

reunion4

Rakan wanita memamnggil kami untuk ke medan BBQ. Masa untuk makan sudah tiba. Kami bergerak ke sana. Cari port nak duduk dan bergerak ke meja yang dihidangi makan malam kami. DJ memainkan peranan menghiburkan suasana dengan alunan muzik dan celotehnya. Tidak ku sangka orang nogori boleh speaking lorat pahang.

Lebih kurang 9.30 malam:

bermulalah sumbangan lagu-lagu dari pihak kami. Baru lepas makan memang suara tak boleh dilontarkan dengan sempurna. Ramai yang pecah suara ketika mendendangkan lagu termasuklah aku. Lagu Hati Emas yang menjadi kesukaan aku di bilik air menjadi luar biasa dengan perut penuh aku. Ada suara kecil yang keluar dari peti suara aku.

Hampir pukul 11  malam:

reunion2

DJ merasakan boring mendengar sumbangan lagu dari kami. Dia mencadangkan agar permainan rebut kerusi diadakan. Tapi sebelum tu upacara memotong kek sempena reunion dan juga sambutan hari jadi salah seorang rakan wanita aku. Setelah selesai menjamah kek bermulalah permainan rebut kerusi. Tapi hanya wanita sahaja bermain. Lelaki semua menyerah diri kerana berat badan dianggarkan dapat merobohkan kerusi yang ada. Aku mungkin tidak la. Selesai rebut kerusi giliran cabutan bertuah pula. Aku antara yang bertuah pada malam tu.

Dah dekat pukul 12 tengah malam:

Semua bergerak ke bilik masing-masing untuk berehat.Nak sambung esok pula. Aktiviti yang bakal menarik dan menjadi kenang-kenangan. Sedang aku berehat datang seorang rakan mengajak ke kedai mamak berhampiran untuk lepak-lepak.

Pukul 1 pagi agaknya la:

Di kedai mamak yang berhampiran. Pesan air teh o ais, air kegemaran aku, sambil tengok sukan tennis di astro. Tiba-tiba terperasan pusat snooker di hadapan kami. Apa lagi. Cadangan seterusnya ke sana la. Menghilangkan bosan. Semua setuju. “Ala 2 table je” kata rakan aku. Bermulalah menjolok buah setan. Ini gelaran yang aku berikan saja. Dah lama tak main memang tangan pun dah tak betul. Nak masuk sebiji bola pun ambil masa yang lama. Dan akhirnya di set ke-2 aku berjaya mengalahkan ke tiga-tiga rakanku.

Lebih dari pukul 3 pagi:

Kami balik ke resort dan merehatkan badan.

Keesokan harinya(28.06.09) pukul 9 :

Bangun lewat kes main snooker malam tu la. Fikir-fikirkan tak payah mandi la. Kejap lagi terjun laut mandi juga kan. Bau badan pun ok lagi ni. So terus je la pergi sarapan pagi. Makan sikit sebab tak selera. Mungkin sebab tak mandi lagi kot.

Jam 9.30 rasanya:

Bermula aktiviti di pantai. Dimulakan dengan permainan monyet. Main baru berapa kali dah nak tukar main lain. Kali ni ala-ala monyet gak.Tapi main skor gol la. Macam main bola jaring la. Tiba-tiba bot yang tadinya jauh sekarang menghampiri kami semua.”Nak naik banana boat tak” kata si budak belasan tahun yang dah pandai kemudi bot.

Jam 10 la kot:

reunion3

Bermulalah naiknya banana boat setelah semuanya nak naik. Aku ni yang pertama kalinya naik mula-mula tak rasa apa-apa la. Bot mula bergerak. Arahan diberikan oleh si pemandu bot. Argh!!! Terbalik lah kami ke dalam laut. “Alamak!kaki tak sampai dasar laut la” dalam hati aku ni panik juga. Aku ni dah la tak tau berenang. Tapi tak apa. Kan dah pakai jaket. Mesti timbul punya la. Kami di terbalikkan sebanyak 4 kali rasanya

11.00 pagi bajek-bajek la kot:

Giliran mereka yang belum naik lagi. Aku ambil tugas jaga baby. Anak rakan aku yang aku cakap datang laki bini tu la. Senyap budaknya. Mungkin sebab dah pening laut kot budak tu.

11.30 pagi rasanya:

Bergambar lepas naik banana bot. Macam-macam aksi dibuat. Kemudian beri taklimat untuk check out pula. Konon-konon nak pergi berkemas rakan-rakan wanita ni.  Tapi bila geng-geng lelaki terjun kolam diorang semua pun terjun juga. Pakcik yang jaga resort tu bagi kami masa lebih sikit untuk check out. Terima kasih pakcik

Dalam pukul 2 petang dekat pukul 3 petang rasanya:

Mencari idea nak kemana selepas check out. Duit ada baki RM300 untuk dihabiskan. Kalau tak habis bawa ke reunion akan datang. Dapat kata sepakat ke alamanda. Sama nak tengok wayang atau main boling. Gerak dulu baru buat keputusan.

Dekat-dekat pukul 5 petang atau mungkin terlebih agak-agak:

Sampai alamanda. Tengok tempat bowling ada perlawanan pula anjuran tak di ketahui. Sampai pukul 7 baru habis. Tengok wayang pun tak boleh sebab baru teringat ada anak bawah umur. Bila dibincangkan balik dapat idea beli KFC dan lepak di Dataran Putrajaya.

Mungkin dah pukul 5.40 petang:

Semua berkumpul di Dataran putrajaya untuk makan KFC. Aku jumpa budak-budak VIVAC yang buat perjumpaan kat depan kami ni. Bergambar kat Dataran Putrajaya pula untuk kenangan.

Jam 7.oo malam lebih sikit:

Aku mengundur diri dulu untuk berehat dan mengambil tenaga semula

Related posts:

SocialPromoter

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: