Persiapan Borang Permohonan Perkahwinan 2012

married
Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Alhamdulillah. Selesai sudah melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin. Dengan izin Allah, maka segala persiapan untuk medapatkan Cop dari Ketua Pendaftar berjalan dengan lancar dan semudah di luar jangkaan aku. Bukan apa, tengok apa yang dia nak banyak juga tapi rupanya semua senang-senang belaka dengan izin Allah. Jadi, dah ada ilmu sikit ni, aku nak kongsi la apa yang perlu dikongsikan dengan korang semua. Yang bakal tu, dont worry k Takde apa yang perlu dirisaukan.

1. Kursus Pra-Perkahwinan
Wajib korang hadiri. Kalau tak nanti tak dapat sijil tanda korang dah hadir kursus pra-perkahwinan ni. Maka tak dapat la kahwin kan? Macam aku ni best sikit. Kursus kahwin aku dapat free. Ada masuk 1 contest tu la. Nak dapat kahwin sponsor punya pasal. Dapat la peringkat saringan iaitu kena hadir kursus pra-perkahwinan dorang selama 3 hari 2 malam. Walaupun tak menang takpe, dapat kursus free pun jadi la.

2. Ujian HIV
Yang ni pun korang wajib buat. Dan hanya Klinik/Hospital kerajaan je yang boleh buat pengesahan bahawa korang bebas HIV. Masa aku buat ni, boleh pula mesin ujian tu rosak. 1 Malaysia pula tu yang rosak. So, aku tanya la macam mana nak buat? Pergi klinik swasta buat ujian. Result dia bawa ke Klinik Kerajaan balik untuk dapat surat pengesahan dari klinik kerajaan. So, dah buat semua, settle la untuk ujian HIV.

3. Isi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin
Untuk negeri Selangor ni canggih sikit. Untuk negeri lain aku tak pasti la macam mana. Yang aku pergi ke JAWI(atas sebab kurang info), aku tengok macam kena ambil kat kaunter. Tapi bagi korang yang tinggal sama ada bermastautin ataupun penduduk tetap di area Selangor, korang boleh isi borang secara online (sememangnya di saran oleh pegawai JAIS) dan print secara online. Layari system online untuk urusan perkahwinan di http://ncr.jais.gov.my/. Korang print je dia dah terus isi maklumat korang dalam borang tu. Ada 2 borang kena isi kalau korang bermastautin, Borang 1(A) dan borang 2(A). Kalau penduduk tetap isi 1 borag je, borang 2(A).

4. Dapatkan pengesahan bermastautin (Bagi alamat sekarang tak sama dengan alamat IC)
Ini untuk korang yang bermastautin sahaja. Sediakan copy IC korang,copy IC saksi korang, dan bawak la 1 copy bil apa-apa yang ada alamat rumah korang tanda korang duduk kat area situ. Pergi la jumpa Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A. Yang mana korang rasa rapat la. Aku pergi jumpa Nazir Masjid. Dengar kuliah agama, pastu borak-borak sikit masa moreh dapat la autograf beliau.

5. Lengkapkan document yang di perlukan
Sebelum jumpa juru nikah, adalah lebih baik korang check sama ada cukup ke tak dokumen yang diperlukan untuk dapat tanda tangan juru nikah. Korang boleh tengok check list kat sini. Pastikan semua ada. Kalau tak jangan harap la juru nikah tu nak sign. hari tu aku tertinggal sijil kursus pra-perkahwinan. Dah kena datang sekali lagi. Tapi best. Dapat dengar tazkirah dan nasihat dari juru nikah tu. Yang bermastautin, sila buat 2 copy untuk setiap dokument k. Wajib buat.

6. Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah
Borang yang dah lengkap dengan dokumen skali (Ingat!jangan bagi saksi sign dulu tau) perlu di bawa ke Penolong Pendaftar Nikah Qariah(PPN) untuk dapatkan autograf beliau pula. Dan jangan lupa bawa 2 saksi yang korang lantik tu. Time tu la baru saksi korang akan sign borang tu depan PPN tu. Biasanya PPN ni adalah Juru Nikah bagi sesebuah masjid. Dan masjid tu pula mestilah masjid yang berdekatan dengan korang. Kalau payah nak set time dengan PPN ni, korang boleh terus ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

7. Hantar borang ke PAID
Dah nak sampai stage terakhir. Bawa segala borand dan dokumen tadi ke PAID untuk dapat autograf dari Ketua Pendaftar Nikah Daerah korang. korang masa sign dengan Penolong Pendaftar Nikah tu jangan lupa tanya tau kat mana korang nak kena submit permohonan tu. Hanya PAID tertentu je yang boleh luluskan permohonan. Kena bayar RM10 untuk dapatkan kelulusan. Ada sesetengah tempat kena interiew dulu. Nak tau korang ready ke tak nak jadi ketua keluarga. Aku hari tu gelabah jugak tapi tak kena la interview. Just sign and cop je.

8. Serahkan borang kepada bakal Isteri
Settle la sudah. Bagi la kat bakal isteri korang untuk dia pula settlekan bab permohonan bagi perempuan pula

Begitulah kisahnya nak siapkan borang permohonan kebenaran berkahwin. Tak susah pun. So, bagi korang yang nak berkahwin boleh apply 3 bulan sebelum korang berkahwin.macam aku 2bulan sebelum. Agak gelabah jugak nak ready semua tu.

Sekian

Written by bistari

bistari

The owner of the bistaricorner.com. Feel free to contact me if you have any idea to share.
“Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah”

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge