• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

perpisahan

Entri ni terhasil setelah aku dapat tahu bahawa salah seorang kawan aku seolah-olah dipermainkan oleh perempuan yang dia sayangi. Terkejut aku bila dengar awek dia dah nak berkahwin dengan ex-pakwe dia. Dah nak menikah minggu depan tak silap padahal dalam minggu lepas tak silap aku, aku terbaca SMS kawan aku ni yang still ada perkataan “ayang” dan “sayang”. Wow! Bertapa hebatnya dunia hari ini. Terkejut, terkelu, tersedak dan apa2 “ter” lagi la. Bukan kawan aku tapi aku sendiri yang jadi “ter” ni. Hairan bin Ajaib.

Itu antara salah satu contoh perpisahan yang perh! memang dasyat la. Dalam sekelip mata leh jadi. Kenapa sebenarnya benda macam ni boleh berlaku. Salah ke lelaki tu?atau perempuan tu yang sengaja membuat salah? Berpisah tu bukan perkara yang menggembirakan bagi kedua-dua pihak. Mesti jika seorang tu gembira dan seorang lagi akan berduka. Tadi pun kawan aku ada cakap yang bakal bertunang minggu depan. Katanya, “Aku tak kisah kalau berpisah dengan awek aku sekarang ni. Banyak lagi awek yang leh dicari”. Betol ke? Sedangkan aku tengok kalau awek dia marah bukan main lagi dia pujuk. Dah nak bertunang boleh pulak dia cakap camtu.

Perpisahan ni sebenarnya berlaku apabila pasangan bercinta ni tiada fahaman hati setiap pasangan ni. Kalau seorang je yang faham memang tak akan kekal lama. Aku selalu dengar ungkapan ni dari lelaki apabila perempuan berkata “Lelaki ni tak paham langsung perasaan kita”, dan jawapan lelaki tu, “Kita je nak jaga hati dia, dia tak paham langsung hati kita ni”. So dari sini lah berlakunya ketidakfahaman mengenai isi hati masing-masing. Tapi jika lelaki dan perempuan tu berfikir untuk menjaga hati pasangan masing-masing aku rasa memang aman la percintaan ni.

Nak faham isi hati pasangan memang payah. Sedangkan mak kita yang melahirkan kita pun belum tentu dapat memahami sepenuhnya kehendak kita. Inikan pasangan kita yang baru kita kenal mungkin setahun dua. Bagi aku, sesiapa yang menunding jari menunjukkan kesalahan pasangannya maka dia lah yang bersalah. Maksud aku bukanlah yang jenis kantoi buat date depan mata ke, atau apa-apa kesalahan yang nampak di mata la.

Memang payah nak paham hati masing-masing untuk mengelakkan perpisahan. Tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Berpisah salah siapa? Jika berlaku perpisahan,bukan lelaki atau perempuan yang bersalah. Tapi pasangan itu sendiri yang bersalah.

Related posts:

SocialPromoter

8 Responses so far.

  1. shaza_orange says:

    erm..perempuan yang slh atau lelaki yg slh?rasenye bergntung pd problem yg diorg hdapi dlm perhubungan la..hanya pasangan tu yg tau mslah hubungan mereka…mungkin diorg saling syg-menyayangi…tp..bkn jodoh diorg utk bersma….tak tau la…mungkin lelaki senang nk cri len kot…tp..nape la kwn aku nama adi tu asik menrungut nk cri jodoh???hahahaha…nk mkn nasi minyak pahang ni….tak sbr dh.. (H)

  2. mohdisa says:

    entah la, aku juga pernah mengalami keadaan sebegini. entah yang ke berapa kali pun aku tak tahu. umpama kesetiaan tu dah takda makna. sgp kawen dgn mbr aku sendiri. ades
    .-= mohdisa punya blog terakhir..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  3. ma says:

    erm..
    tp kalo kte mngaku salah kita..
    tp pihak lelaki xnk kompromi..
    wlupn da puas pjuk sume..
    bincang pn xnk..
    cmne plak 2 ek?
    sape yg salah?
    hurm….


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: