• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

PLATNO

Masa dalam perjalanan nak pergi kerja tadi, aku buka la radio. Hari ni terasa nak dengar sinarFM lak. Biasanya aku dengar hotFM. So bila beralih arah ke frekuensi 96.7 ni, aku terdengar la topik Sinar Pagi yang dibincangkan oleh K.E, S.Y dan Krill ni iaitu mengenai no plat yang bakal digunakan akan datang. Macam menarik gak topik ni.

Kenapa aku kata menarik. Kalau korang berada di KL mesti anda dapat rasakan betapa cepatnya perubahan no plat di ibu negara ni. Kalau kita perhatikan, huruf ketiga bagi no plat, setiap 2 minggu akan bertukar. Jika hari ni kita dapat lihat WTD **** di KL ni, kemungkinan besar minggu depan kita dah boleh nampak WTE ****. Memang pantas pergerakan no plat di KL ni. Sehinggakan kereta yang baru kita guna beberapa bulan dah kita rasakan dah lama kita gunakan berbeza dengan negeri-negeri lain. Sekarang dah T, lepas ni U, then V,W,X dan Y. Z memang tak boleh digunakan sebab dah ditempah oleh tentera. Maybe lagi 3 4 tahun dah sampai Y dah.

So aku terdengar la cadangan-cadangan dari para pendengar sinarFM. Ada yang cadangkan letak nama sendiri, letak no. IC, letak nama negeri dan diikuti no(contoh: kalau Johor= JOH **** A) dan macam-macam lagi cadangan yang di beri. Tapi apa yang aku paling suka dan paling sesuai ada 2 je yang ok untuk digunakan.

1st yang aku rasa leh pakai menggunakan 4 huruf dan 4 angka. Kira ikut turutan sejak dari dulu la. Kalau dulu kan bermula dari W **** so selepas WYY 9999, boleh la kita gunakan WAAA ****. Sebab memang nak diikutkan turutannya begini. Kalau nanti dah lepas WYYY 9999, aku rasa leh ditambahkan kat nombor lak. WAAA *****. So jadikan 5 nombor lak. Tapi aku rasa nak abiskan 5huruf ni lambat lagi kot.

2nd cadangan yang boleh dipakai ialah menambahkan huruf dihujung sekali. So huruf berbalik ke 1 huruf dan ditambah 1 huruf dihujung. Contohnya W 1 A. Cam lawa je kalau buat camni kan. Mulakan dari awal balik. Ok la kalau buat camni. Takde la no nanti panjang berjela nak menghafalnya. Cantik pun cantik kan?

So pe candangan korang lak. Ada tak yang punya idea untuk no plat akan datang? Penting gak no plat ni walaupun nampak macam remeh je. So jom bincangkan.

Related posts:

SocialPromoter

2 Responses so far.

  1. mohdisa says:

    no plat seterusnya, penggunaan 4 huruf dijangka digunakan pada tahun 2012 tak silap aku. hurm
    .-= mohdisa punya blog terakhir..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: