• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Tengah-tengah aku bertweet tadi kat twitter aku terbaca la 1 kicauan sang burung biru dari @mrrollies yang di retweet dari @damhamaza yang berbunyi:

RT @mrrollies: wtf? RT: @damhamaza: pemikiran orang kaya memang macam ni… pernah tak dia bawak motor?http://bit.ly/f7WQvc

Uih..Biar betul pe yang aku baca ni. Artikel dari Berita Harian Online ni mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk tidak membenarkan motosikal masuk ke bandar bagi membanteras jenayah. Tak percaya? Baca la kat sini Kaji Larangan Motosikal Masuk Bandar kat Berita Harian ni. Kalau tak nak klik, ni sedutan dia:

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji cadangan menguatkuasakan larangan motosikal persendirian memasuki bandar raya ini sebagai usaha terbaru membendung kegiatan jenayah jalanan, termasuk masalah sosial daripada terus berleluasa.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata cadangan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah metropolitan yang selamat dan sejahtera melalui pelaksanaan Pelan Greater Kuala Lumpur.

Bagi aku la kan, tak payah nak kaji benda ni. Aku rasa jenayah pakai motor maybe la kurang kot, tapi nanti jadi jenayah lain lak. Ye la, dah macam jadi double standard dah. Kenderaan besar je leh masuk bandar. Bukan semua mampu nak pergi kerja naik kereta. Malaysia ni baru negara membangun, belum dapat taraf maju lagi walaupun Melaka dah dapat taraf maju dah.

Mungkin ada yang berpendapat motor tak boleh, boleh naik LRT apa. Kemudahan awam banyak. Tapi kita sedar tak dalam masa motor ni dihalalkan lagi., berapa sesakkah pengangkutan awam kat Malaysia sekarang ni? Bagi yang fikir, ala..beli la kancil je. penah tak kita terfikir betapa sesaknya jalan terutamanya kat KL ni. Kalau la semua naik kereta, penuh siot jalan. Kalau buat 4 lorong pun belum tentu lagi dapat tampung.

Ada banyak lagi faktornya tapi ni yang paling utama kerajaan kena fikirkan kalau nak buat undang-undang yang baru ni. Sekadar luahan dari rakyat biasa pada pemerintah-pemerintah yang berkalibel.

Related posts:

SocialPromoter

3 Responses so far.

  1. mfadhlan says:

    Ape la yg budus sgt ni…dia ingat jenayah dtg dari motor je kot…

    Ingatkan dah belajar tinggi2 dah pandai, rupe2nye tmbah beng*k…
    Karya terbaru mfadhlan : Doa Khusus Elak Rogol &amp Cabul – Amalkanlah

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by bistari, bistari. bistari said: Motor Diharamkan di Bandar??WTH!!: Tengah-tengah aku bertweet tadi kat twitter aku terbaca la… http://goo.gl/fb/bXZXv [...]


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: