Agak lama aku tak mengupdate blog aku ni. Rasanya labah-labah dah penuh buat sarang dia di blog aku ni. Hari ni bakal menjelmalah satu entry yang agak berguna bagi PC atau Laptop atau seangkatan dengannya yang diselubungi misteri virus. Sebelum tu di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi muslimin dan muslimat yang melawat blog aku ni.
Apa bendanya Regedit ni? Nama betul atau nama penuh dia Registry Editor. Tahukah anda apa fungsi Regedit ni?
The Windows Registry is a hierarchical database that stores configuration settings and options on Microsoft Windows operating systems. It contains settings for low-level operating system components as well as the applications running on the platform: the kernel, device drivers, services, SAM, user interface and third party applications all make use of the Registry. The registry also provides a means to access counters for profiling system performance.
-Copy paste daripada wikipedia-
Jadi, regedit ni sememangnya penting untuk kita sekiranya berlaku apa-apa masalah pada OS kita. Contohnya sekiranya kita nak memaparkan semula “Folder Option” sekiranya virus yang kejam ini menyoroknya daripada kita menggunakannya (next entry akan dihasilkan bagi langkah-langkah untuk memaparkan semula “Folder Option”).
Biasanya apabila regedit diblock oleh virus atau oleh administrator anda, pop up window seperti di bawah akan kelihatan.
Berikut adalah cara dimana anda boleh mengguna atau memaparkan semula regedit yang telah diblock.
1. Download file pada link tersebut.Klik kanan dan pilih “save target as” untuk memuat turun file tersebut : UnHookExec.Inf
2. Setelah selesai memuat turun file tersebut, klik kanan pada file dan pilih “Install”
3. Selesai. Tiada paparan apa-apa yang berlaku dalam proses ini. Anda boleh la mencuba semula dengan menaip “regedit” pada ruangan “Run” yang disediakan.
Mudah kan? Ada pelbagai cara untuk memaparkan semula regedit tapi aku kongsikan dengan anda semua cara yang paling mudah,cepat dan ringkas. Selamat mencuba. (H)







