Akhirnya berpeluang juga untuk menghasilkan sebuah entri untuk Bistari Corner ni. Curi masa sikit untuk entri bulan 4 ni dengan kerja bertimbun di atas meja dan di dalam laptop. Bagi yang dah lama memulakan perniagaan dalam dunia internet mesti dah mengenali dengan keyword tool dari google ni. Bagi yang dah memulakan perniagaan tetapi tak kenal dengan keyword tool ni, jom kita sama-sama lihat apa kelebihannya kepada korang yang ingin memulakan perniagaan ataupun yang dah start perniagaan dan juga kepada yang mencari-cari idea tentang produk yang ingin diniagakan.
Keyword Tool ni berfungsi untuk anda mengetahui berapa ramai orang di dalam dunia ini menggunakan kata kunci(keyword) untuk membuat carian dengan menggunakan enjin carian Google. Jadi, korang akan dapat melihat jumlah carian yang popular digunakan oleh masyarakat di dunia ini. Bagaimana nak diaplikasikan dalam permulaan perniagaan? Baca pada perenggang seterusnya.
Dengan menggunakan Keyword Tool ni, korang boleh lah mencari idea apa jenis perniagaan yang korang nak buat mengikut keperluan rakyat di Malaysia khasnya. Mula-mula korang perlu tahu macam mana nak guna Keyword Tool ni. Buka link keyword tool ni [tekan] dan ikuti langkah seterusnya.
1. Masukkan sesuatu jenis perniagaan yang ingin anda usahakan. Contohnya kasut
2. Klik pada link Advanced Options untuk menukar lokasi korang
3. Pilih lokasi korang (dah tentunya Malaysia) pada ruangan Locations and Languages
4. Masukkan huruf-huruf yang dipaparkan ke dalam ruangan yang disediakan dan tekan butang Search
Dah selesai langkah-langkah di atas akan terhasillah keputusan senarai macam gambar kat bawah ni.
Korang boleh lihat sejauh mana permintaan orang ramai terhadap kasut melalui internet dan sejauh mana competition yang bakal korang hadapi kalau korang nak mulakan perniagaan kasut ni. Kalau kita lihat dari result ini, kasut croc merupakan permintaan paling tinggi iaitu 2,900 permintaan dan sesuai untuk dijadikan perniagaan. Yang lain pun boleh, cuma dari segi permintaan tu kurang la sikit.
So bagi korang yang rasa-rasa ingin memulakan perniagaan tetapi buntu mencari produk untuk dijual, bolehlah bermain-main dengan keyword tool ni. Dapat la korang tau apa jenis perniagaan yang ada permintaan di Malaysia ni.
Thanks to Faizal [FB] sebab kongsikan ilmu yang amat berguna ni. Sepatutnya aku yang ajar dia buat photoshop, tapi dia kasi kat aku ilmu lagi banyak pada malam tu.








