Salam rakan-rakan bloger sekalian. Bistari Corner kembali setelah down untuk hampir 1 bulan kerana ada masalah kat hosting. Sebelum memulakan entri untuk kali ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf sekiranya aku ada buat salah dengan rakan-rakan yang mengenali aku ni.
Kali ni aku nak kongsi sedikit la pasal problem yang selalu di alami oleh pengguna OS windows ni. Pernah tak anda mengalamai masalah ini. Folder Option anda hilang dari list pada menu “Tools” anda seperti gambar di bawah.
Untuk mengembalikan semula menu bagi “Folder Option”, anda bolehlah mengikut langkah-lang di bawah ini. Terdapat 2 cara untuk mengembalikannya.
Cara Pertama : Menggunakan RegEditor
- Klik START>RUN, taip regedit dan tekan ENTER
- Pergi ke [HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
- Pada bahagian kanan panel, cari value yang bernama “NoFolderOption”, klik kanan dan pilih delete
- Kemudian, pergi ke [HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer] pula.
- Ulangi langkah ke-3 untuk membuang entri NoFolderOption
Cara kedua : Menggunakan gpedit.msc
- Klik START>RUN, taip gpedit.msc dan tekan ENTER
- Pergi ke User Configuration -> Administrative Templates -> Windows Components -> Windows Explorer
- Pada bahagian panel kanan, cari “Removes the Folder Options menu item from the Tools menu”. Kemudian klik kanan dan pilih “Properties”
- Tukarkan nilai dari “Enabled” kepada “Not Configured” atau “Disabled”
Begitulah caranya untuk anda mengembalikan menu untuk Folder Option yang telah hilang yang selalunya di sorok oleh virus yang sengaja dihasilkan untuk menyusahkan pengguna. Itu saja untuk entri kali ini. Sekian, selamat mencuba.








