
Penah tak anda semua terfikir apa yang berlaku selepas mati? Apa 1st view yang bakal korang semua lihat bila korang celik mata balik selepas korang pejamkan mata? Bagaimana suasana sewaktu itu?
Aku selalu terfikir apa akan berlaku selepas mati. Sentiasa bermain-main kat kepala aku ni apa bakal aku lihat bila aku celik mata kembali. Celik mata ke? Atau fikiran kita je? Atau apa-apa je la. Kadang-kadang benda ni buat aku termenung panjang. Memikirkan kehidupan selepas mati. Bukan tu je. Time roh nak dicabutkan dari jasad kita. Macam mana perasaan time tu. Pe yang kita nampak sewaktu proses pencabutan nyawa berlaku.
Fuh!Kalau difikirkan memang meremang juga bulu roma. Gelap ke time tu? Atau pun diterangi cahaya yang menunjukkan jalan ke destinasi seterusnya. Adakah kita akan melihat sekumpulan manusia lain yang juga telah pergi sebelum kita. Dan time tu juga apakah yang bakal kita harungi di alam barzakh.
Wow! Persoalan ini memang sukar untuk digambarkan. Memang si mati sahaja yang mengetahui apa yang berlaku time tu. kita hanya menunggu apa akan terjadi pada kita pula. So renung-renungkan entri aku yang tak seberapa ini dan penuh dengan persoalan.

Tuhan tidak mahu kita takut padaNya.. tapi takut pada seksanya.
Pasti mati siapa mahu.
betol katamu itu wahai sahabatku..
assalamualaikum
betul tu..
mati boleh datang bila-bila masa sahaja.kita kena bersedia sentiasa.kalau tak pakai tudung,pakai2kan.kalau tak sembahyang,sembahyang2kan.
jangan bertangguh2.nanti takut tak sempat.diri merana.
@umar, betul tu..
tak elok dilengahkan..
mudah2an ramai la yang bakal berubah..
takutnyeeeeeeee!~
@ma, so bykkan lah ibadat..hehehe