• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

kawin

Perh! Persoalan yang pastinya aku akan jawab, “Korang la dulu. Tengok dah lama couple tu”. Kebanyakkan soalan akan ditanya kepada aku apabila setiap kali majlis perkahwinan sahabat-sahabat aku. Baru-baru ni iaitu pada hari sabtu, 30 Mei 2009, Annis, kawan sekelas aku masa aku study ambil Diploma kat UTMKL telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki idamannya, Nik(nama penuh aku tak tau), kat Taman Kosas, Ampang. Meriah gila la. Biasa la anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Dan disebabkan inilah bertubi-tubi soalan akan dikemukakan pada aku mengenai kahwin ni. Hmm. pasangan takda lagi la. Macam mana nak sebut pasal kawin. Tarikh je la yang aku dah tetapkan. 11 haribulan 11 tahun tak tau bila. Ni antara jawapan popular juga yang aku bagi kat kawan-kawan aku kalau ditanyakan tentang soalan ni. Moga-moga tarikh ni menjadi la. Cun gak angka dia kan. Hahaha.

Ramai juga sahabat aku yang bakal-bakal nak kawin dah ni. Bertunang saja dah berapa orang dah dalam cuti sekolah 2 minggu ni. Aku ni entah la. Nak cari dulu mana-mana vacancy dulu, isi borang tengok layak ke tak. Dah pas interview baru la boleh apply jadi menantu mak aku. Hahahaha.

Sekarang memang payah sikit nak cari pasangan yang betul-betul paham jiwa macam aku ni. Member ofis aku ni pun cakap memang payah nak menjiwai jiwa lelaki spesis aku ni sebab suami dia pun macam aku la juga. Sukar untuk difahami. Hanya spesis wanita tertentu je leh tahan dengan spesis cam aku ni. Sebab tu la aku duk membujang sampai sekarang. Bukan memilih tapi takut ramai wanita kecewa disebabkan aku.

So pada yang nak tau turn aku kawin, aku ulang sekali lagi, 11 haribulan 11 tahun tak tau bila. Tunggu la ek kalau nak makan nasi minyak aku. Dah aku nak pastikan kelainan pada hari tersebut. Aku nak buat versi remix. Remix yang macam mana? Nantikan pada hari yang entahkan bila akan terjadi.

Related posts:

SocialPromoter

4 Responses so far.

  1. kina1910 says:

    hai en. adi, bile lagi nk kawen?
    heheh….


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: