• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

sosial

Dah lama aku tak berceloteh. Celoteh mengenai dunia hari ini terutamanya di Malaysia ni. Dan disebabkan tak berceloteh juga blog aku ni dah naik sawang dah. Spiderman pun dah hinggap kat sini rasanya. Kali ini aku nak berceloteh mengenai punca utama terjadinya gejala sosial yang tak berfaedah dan menyusahkan orang ni.

Jika kita lihat di kaca TV, macam-macam dah berlaku kat Malaysia ni dan semakin hangat apabila pihak media membesar-besarkan cerita apabila tiada topik hangat yang nak disampaikan pada peminat setia mereka. Macam-macam gejala yang tak sihat dipaparkan. Rompak, ragut, rogol, rempit dan macam-macam ‘R’ lagi la diceritakan untuk tatapan penontonnya.

Sebenarnya, semua ini berpunca dari mana? Dari sekolah ke? Dari asrama ke? Dari rakan sebaya ke? Sebenarnya(bagi aku la), semua ini berpunca dari rumah. Ibu bapa la punca segala persoalan ini. Sebelum disalahkan pihak lain, cermin diri dulu sama ada betulkah cara ibu bapa tersebut mendidik anak.

Kadang-kadang aku pelik dengan ibu bapa sekarang. Bila guru memukul(kurang enak didengar) merotan anak-anak mereka, dituduhnya guru mendera.

Saya tak pernah pukul anak saya. Kenapa cikgu pukul dia!

Ayat di atas selalu didengar sekiranya guru di sekolah merotan anak murid mereka apabila melakukan sekolah. Aku masih ingat lagi waktu aku dibangku sekolah dulu. Guru bahasa Inggeris aku pernah menampar muka aku disebabkan tidak menulis jawapan yang betul pada jawapan yang salah sewaktu menandakan kertas ujian sahabat aku. Balik rumah aku beritahu mak aku. Mak aku marah aku pula sambil mengatakan, “Dah salah mesti ada hukumannya”. Bayangkan perkara kecil macam ni berlaku pada zaman sekarang, aku rasa dah tentu guru tersebut dah dihadapkan ke mahkamah.

Isu terhangat sekarang, Rempit, ibu bapa asyik salahkan pemuda pemudi tapi tak sedar bahawa anak sendiri terlibat. Yang peliknya, masih sekolah menengah dah ada motor ditunggang. Dari mana datang motor ni. Dah terang-terang la mak bapak mereka yang beli. Kalau la motosikal curi, takkan la mak bapak mereka tak tau kot.

Aku harap tak ramai la mak bapak yang ikut macam dalam kisah yang disampaikan Tan Sri Dr. P. Ramlee, Anakku Sazali. Terlampau manjakan anak sampai percayakan anak 100%. Tak hirau kata orang. Dibelai dimanja sampaikan anak tu menjadi sesuatu diluar jangkaan. Bukan la aku nak salahkan ibu bapa 100% tapi ini adalah punca utama terjadinya masalah gejala kurang sihat ni.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Related posts:

SocialPromoter

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: