
Kali ni aku kasi kongsi sikit perkara biasa yang boleh kita lakukan sendiri bila ada masa-masa terluang korang. DIY ni bagi korang yang tak tau singkatannya bermaksud “Do It Yourself”. Paham tak apa maksudnya?kalau tak paham juga pergi ke google translate then copy la untuk dapatkan maksudnya dalam bahasa melayu. Hehehehe.
Pernah nampak tak benda alah ni?yang anak panah merah tu tunjukkan tu. Itu la tong air untuk wiper korang tu. Biasanya penutup dia akan ada lambang macam wiper dan air terpancut tu. So, untuk tong ni, korang isi je sampai air tu penuh. Nanti kalau takde air ni payah pula korang nak bersihkan tembakan sang burung yang landing ke cermin depan korang.
Mesti korang penah tengok picu ni kan? Pernah tarik keluar tak? Kalau tak pernah korang tarik je la. Tak meletop punya. Hehehe. Fungsi ni untuk check korang punya sukatan minyak hitam dalam enjin sama ada cukup ke tak. 1st bila dah cabut alat nak check minyak hitam ni, korang kena sapu dulu hujung dia tu kasi minyak hitam hilang. Pastu celup balik dan cabut balik untuk lihat sukatan sebenar minyak hitam
Macam gambar ni, pastikan minyak hitam berada di paras F. Nampakkan huruf F tu. tu ukuran terbaik untuk level minyak hitam. Kalau terlebih takut nanti performance engine drop. Kalau tak cukup, tambah je. Buka penutup yang biasanya ada tulis “Oil”.
Air Penyejuk (Coolant)
Ni untuk coolant pula. Kalau nak check air cukup ke tak boleh check dalam tong putih yang atas anak panah tu. Biasanya warnanya merah ataupun hijau. Yang merah ni coolant yang tahan lama(anggaran 1 tahun) dan yang hijau ni coolant yang tahannya sekejap je (anggaran 3 bulan). Pastikan sukatan air tidak melebihi paras F. Boleh tengok di bahagian tepi tong coolant putih tu. INGAT!JANGAN ISI PENUH! kenapa? sebab air ni akan bertambah apabila engin panas so ia memerlukan ruang untuk di isi. Kalau penuh paham2 je la ek. Takut nanti melimpah ruah time jalan jauh.
Air Bateri
Ni untuk yang pakai sel basah k iaitu yang kena refill air bateri. Macam mana nak kenal sel basah ke sel kering? tengok je kat atas tu. Ada tak skru yang kena buka untuk top up air macam kat gambar tu. Kalau takde so tu sel kering. Tak payah tukar air. Kalau sel basah, korang sentiasa check sama ada air bateri di paras F atau tak. Isi pada paras F dan jangan lebih. Ia mungkin memendekkan usia bateri korang.
Dari tadi ada je F ni. Apa maksudnya? F tu bermaksud Full. So, dah confirm paras tu je la yang di sarankan. Itu je untuk kali ni. Semoga berjaya memeriksa kereta kesayangan korang.






mekasih krn berkongsi
sama2..dah check sendiri ke?