• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

Dengan tajuk yang sedimikian rupa membuatkan aku tak tau apa yang aku nak tulis pada pagi ni. Semamangnya otak dalam tempurung kepala aku ni takde idea yang menasabah untuk aku bercerita.

[,]

Kebanyakkan negara sekarang gerun dengan wabak yang membunuh manusia, tak kira peringkat umur. Influenza A (H1N1). Mesti anda semua sinonim dengan wabak H1N1 ni. Wabak yang telah mengakibatkan 13 orang terbunuh disebabkan demam yang panas yang diperkuatkan lagi dengan selesema, batuk dan sesak nafas. Nampak mudah biasa je wabak ni tapi boleh membunuh orang dengan serta merta. Jadi pada anda yang rasa-rasa badan demam tu, panas-panas, dalam kadar masa yang lama, elok la pergi jumpa doktor. Sebelum membahayakan diri.

[,]

Tadi sampai pejabat, perkara pertama aku buat buka laptop dan tengok emel. Sambil tu buka la facebook, sifoo.com dan blog aku ni. Sebelum sampai pejabat tadi terserempak dengan awek yang cun biasa nampak kat cafe. Tapi dah ada balak dah. Kalau time makan, balak dia mesti melilau tengok siapa yang tengok awek dia. Hahaha. Risau sangat dia dengan awek dia tu. Apa nak jadi.

Hari ni mungkin aku tolong admin aku ni bikin blog untuk dia jual tudung dia. Kesian aku sebab dia terpaksa kerja separuh hari saja. Ye la, syarikat aku kerja ni dah kurang stabil sebab takde jualan dan projek lagi untuk tahun ni. Jadi terpaksa fikirkan cara nak kurangkan kos perbelanjaan harian. Antara salah satu caranya mengurangkan waktu bekerja admin aku ni. Gaji pun dikurangkan. Dia pun buat la perniagaan kecil-kecilan jual tudung.

[,]

Malam tadi lepak dengan salah seorang pekerja Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Ashraf nama dia. Dia ni sepupu kawan aku yang tengah praktikal di syarikat tempat kerja aku ni. Sekadar lepak-lepak makan je. Pastu buat kerja gila pergi pusing-pusing Shah Alam. Aku dah siap terlelap dah, punya la bosan duduk dalam kereta. Balik pula, disebabkan aku dah terlelap sekejap maka terlepaslah jalan dekat nak balik rumah. Terpaksa la ikut KL nak balik ke Kajang.

[,]

Tu je la yang aku nak bebelkan kot. Dah habis idea dah. Pengisian yang kosong untuk dikongsi dengan anda yang juga tak tahu nak buat apa pada waktu ni.

Related posts:

SocialPromoter

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: