Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN & Cara Menarik Semula Dari Senarai Hitam 52

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Benda ni akan terjadi bagi rakan-rakan yang bakal keluar negara. Yang rasa tak nak keluar negara tu rasanya memang takambil port pun pasal senarai hitam Imigresen disebabkan tak bayar PTPTN ni. Tapi tak salah pun kalau nak tahu macam mana nak selesaikan masalah tersebut.

Untuk menyemak nama korang ni tersenarai hitam di dalam Imigresen ikuti langkah berikut:

  1. Klik di sini untuk menyemak nama anda
  2. Klik butang Semak
  3. Masukkan No. K/P anda, dan tekan Semak
  4. Sekiranya ada ayat yang mengatakan sila berurusan dengan Jabatan Imigresen, itu bermakna anda telah disenaraihitamkan. Jika ayatnya “Tiada Halangan” maka bebaslah korang ke luar negara.

Terkena senarai hitam??Mesti berderau darah korang bila kena blacklist. Tambah-tambah sebab kerja. Memang kena pergi buat dengan segera. Lagi la tak tenang hati korang. So, bagaimana nak menyelesaikannya. Meh aku cerita sedikit sebanyak prosedurnya

1. Siapkan dokumen yang dikehendaki

  • Surat Rayuan (Korang buat sendiri)
    Download1592 downloads
  • Slip Gaji 2 bulan terkini
  • Penyata Terkini KWSP

2. Pergi ke Ibu Pejabat PTPTN (Dah sampai naik tingkat 6)

  • Alamat :
    PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
    Lot G2, Tingkat Bawah,
    Wisma Chase Perdana,
    Off Jalan Semantan,
    Damansara Heights,
    50490 Kuala Lumpur.

3. Ambil nombor giliran dan serahkan dokumen yang diperlukan

  • time ni korang akan berunding dengan pegawai yang bertugas mengenai baki tunggakkan, cara pembayaran dan sebagainya.
  • Bagi korang yang tiada duit untuk bayar penuh, korang boleh buat bayaran pendahuluan dan kemudian mohon untuk bayar selebihnya melalui KWSP (tapi akaun ke-2 kena cukup la nak bayar habis). Nanti kena isi form untuk dapatkan jumlah tunggakkan korang tu. PTPTN akan post ke rumah korang. Disamping tu, korang kena ada Surat Akujanji semasa korang mintak pinjaman dulu. Kalau takde, korang boleh request nak tapi kena caj RM90. Step ni untuk yang nak bayar dengan KWSP
  • Selepas di persetujui, borang akuan akan diberikan kepada korang tentang cara bayaran yang bakal korang buat. Contoh borang tu boleh tengok di sini

4. Buat bayaran pendahuluan/tunggakan & bayaran bulanan

  • korang akan diarahkan untuk membuat bayaran pendahuluan/tunggakkan(nanti korang akan dapat list cara buat bayaran, bukan bayar di kaunter) dan korang perlua buat bayaran bulanan sama ada direct dari majikan korang ataupun melalui potongan dari bank korang. Kalau potongan bank, hanya bank dimana korang buka akaun tu je yang boleh buatkan potongan untuk PTPTN tersebut.

5. Kembali ke kaunter untuk serahan resit bayaran pendahuluan/tunggakkan & bukti bayaran bulanan telah dibuat

  • bila dah settle urusan bayaran korang tu, balik semula ke Ibu Pejabat tu dan serahkan bukti korang dah buat semua tu. Korang boleh la suruh pegawai yang bertugas untuk clearkan nama korang dekat Imigresen tu. Dorang boleh update immediately dari system dan korang boleh ke luar negara.

Semua ni boleh settle dalam masa 1 hari. Janji dah prepare wang pendahuluan tu dan bekejar-kejar untuk menyiapkan dalam masa 1 hari. Bagi korang yang tak urgent tu, buat je request untuk potongan KWSP kalau tak mampu. Just request jumlah tunggakkan, kemudian hantar dokumen yang diperlukan pada KWSP. Nanti dorang akan bagi cek terus ke PTPTN untuk settle tunggakkan tersebut. Ikut dalam website, proses ambil masa 21 hari.

Ni semua hasil dari pengalaman aku. Letih woooo kehulu kehilir. Tapi sebab urusan kerja, kena jugak la selesaikan.Pesanan..jangan jadi macam aku.. :D

Kongsi Link

52 thoughts on “Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN & Cara Menarik Semula Dari Senarai Hitam

  1. Reply Anarm Apr 18, 2012 11:46 pm

    aku pun kena senarai hitam.. huhu.. time kasih buat entri ni.. boleh rujuk balik bila nak setelkan masalah blacklist ni nanti..

  2. Reply Joe Oct 9, 2012 9:22 pm

    bro…nak tanya..nak buat standing instruction kat bank (gaji masuk) boleh tak? Time buat agreement dulu kat bank lain…tq

  3. Reply Ifa Oct 12, 2012 7:17 pm

    Tp potongan a/c dua kwap tu utk yg sain kontrak ptptn tahun 2001 ke atas. Kalau tahun 1999 atsu 2000, kwsp soh berurusan dgn ptptn :(

    • Reply bistari Oct 18, 2012 4:02 pm

      oh..ye ke..dah try buat permohonan ye?
      sebab kena dapat surat dari PTPTN dulu untuk keluarkan surat bayaran..dari situ baru boleh dapat keluar akaun 2

  4. Reply wawa Nov 6, 2012 9:36 pm

    eh,aku cam 50-50 lak ni rase…kmpem ek yg blacklist checking tu updated,aku da almost 2 years xbayo ptptn nih,cek sane mmg ok,tpi was2 la plak….enibadi bley kompem kan ke?

    • Reply bistari Nov 12, 2012 7:04 pm

      besenye..kalo ada bayar..tempoh nak blacklist tu lambat atau mgkin xde..kalau ok tu kira lepas la..mmg yg checking url tu betul..aku dulu mmg tak lepas..bila dah bayar..baru tiada halangan utk keluar negara..

  5. Reply linlin Nov 27, 2012 10:26 am

    haritu saye ade dpt surat daripada ptptn tidak bole ke luar negara. Kalau nk pegi ke luar negara kene byr dlm rm1200. Bile cek dlm web imi katenye tiada halangan. Bile call ptptn kate dorang tak pernah kuarkan surat blacklist. Confius jdnye… Cane ek?

    • Reply bistari Nov 27, 2012 10:35 am

      tengok pada yg latest..
      kalo check kat website lepas so maknenye lepas la tu..
      sbb yg kite check dekat website tu system integrated direct dengan imigresen..
      dorg pun check guna data tu..

  6. Reply hadi Dec 6, 2012 9:14 am

    mcm sy kan, sy mmg dah lama gila tak byr ptptn. mmg dah kena blacklist dan tak boleh pegi luar negara pun.. tp skg sy dah start bayar balik slow2 lah.. boleh ke? dorg terima ke bayaran sy tu? ke nak kena berurusan dgn ptptn jgk?

    • Reply bistari Dec 6, 2012 10:00 am

      kena contact juga pihak PTPTN sebab nak kena diskus pasal tunggakkan..
      baru dorang akan clearkan nama..
      kalau tak bayar tu bayar je la..
      blacklist nak clear ikut budi bicara dorang je la..
      maybe lambat la nak clear pun..

  7. Reply hadi Dec 6, 2012 2:00 pm

    Oh..sy takde lah rushing nak ke luar negara..takde plan pun nak kemana-mana..tapi nak clearkan jgk la nama dpd blacklist..mana tau kot2 nak ke luar negara jgk nanti..hehe. baru ni dpt byr sikit2..anyhow kalau kita ade buat payment tiap2 bulan, dia akan clearkan jgk tak nama kita dari blacklist? ke nak kene tggu habis / clear hutang tu baru diaorg tarik balik nama drpd blacklisted?

    p/s: eh..dah mcm tanya kat kaunter ptptn pulak..maaf ye..sekadar nak dpt kan kepastian dari yg dah ade pengalaman :)

    • Reply bistari Dec 6, 2012 5:44 pm

      tu la..dah macam kaunter PTPTN dah ni..hehehe..

      rasanya better tanya dengan PTPTN dan rase2nye la kan..
      mesti kena bayar sikit untuk tunggakkan tu..baru clear nama..
      name pun tunggakkan..mesti kene langsai baru clear..
      mcm loan bank la..hehehe..

  8. Reply surinah Dec 11, 2012 11:22 am

    kalau nak ke sarawak boleh tak??? ;)

  9. Reply kucingcomel Dec 27, 2012 8:30 am

    Hihi…seronok aku baca page nih…aku nih antara peminjam yg x pnh byr…penah dulu cek dlm system dh kna blacklist…ntah cane tahun nih aku saje2 buka n cek…mcm x percaya..tiada halangan…

  10. Reply Sha Jan 3, 2013 5:53 pm

    Salam, kiranya awk settle kan ni within a day? biasanya yg amik masa klau mlibatkan kwsp ke? sy kena ke luar negara 2/2/13 ni takot xsempat settle.. pnyata kwsp tu mmg wajib bwk ke if kite xnak byr guna kwsp?

    • Reply bistari Jan 3, 2013 10:47 pm

      Bawak je segala2..supaya nnti kalo die mintak xde la ade yg ttinggal..
      mmg boleh siap dlm masa sehari je..tp kalo acc bank bukak bkn area situ maybe boleh siap dlm masa 2 hari..Sbb nk bkejar g buat pemotongan melalui bank..

  11. Reply Dia Jan 9, 2013 10:02 am

    Salam..tak faham sangat bab bayaran pendahuluan dan bulanan tu.masa pergi ptptn tu bayar pendahuluan dan bulanan sekali.means kalau pendahuluan 500 dan bulanan 100 kena bayar 600? Tengah nak pergi settlekan senaraihitam ni tapi cash tak banyak. Boleh ke pendahuluan 500 untuk pinjaman 18k? Ke officer ptptn yg decide berapa pendahuluan?

    Thanks!

    • Reply bistari Jan 9, 2013 10:20 am

      Pendahuluan je kena bayar kat PTPTN..
      Untuk potongan bulanan, just g bank untuk isi borang pemotongan bulanan..
      tp bank tu mestilah bank dimana account tersebut dibuka..
      kemudian bawak borang yg dah di approve oleh bank ke PTPTN untuk bukti dah buat pemotongan..

  12. Reply Dia Jan 9, 2013 10:23 am

    Oh kalau bank kat puchong kena ulang alik la pergi ptptn balik? Ni memang kena dari pagi sampai ptg ni hehe.thanks ye for your info!

    • Reply bistari Jan 9, 2013 10:39 am

      call ptptn..tanya dia berapa Dia perlu buat ptongan bulanan.. Lepas tu terus je g bank untuk buat ptongan acc.. pastu baru la g PTPTN.. xpayah la ulang alik.. settle yg mana dekat2 dulu.. dah siap semua baru g PTPTN..

  13. Reply candy Jan 12, 2013 10:22 pm

    Thanks admin bg info ni. Ngehehee .
    Bole la pegi overseas pasne. =???=

  14. Reply iva Feb 4, 2013 9:46 pm

    betullah apasal tiada halangan…dulu check blacklist..if tiada halangan ingat nak pergi indonesia..heheh..

  15. Reply yuli Mar 14, 2013 1:32 pm

    surat dari ptptn ada hantar menyatakan nama telah di blacklist, then 2 tahun sudah memang check online nama disenarai hitam. kiranya tak boleh ke luar negara. Tapi baru ja check kejap tadi guna laman web ptptn masukkan i/c keputusan semakan:
    Tiada halangan
    Status: Sah pada waktu dan tarikh semakan dibuat. dated 14/03/2013.
    pelik sangat ni.. tapi sbbkan dia dh white list, mulai bulan ni cheq akan pi bayar ptptn rm101-00 permonth smpi hbs. baru lah semangat… tq gov & tq admin

    • Reply bistari Mar 14, 2013 2:03 pm

      maybe ada problem dengan data PTPTN..so selamat la korang kali ni..maybe tunggu turn untuk dorg update semula data..so sementara dah whitelist ni, boleh la buat bayaran supaya tak blacklist semula..

  16. Reply wanie Mar 15, 2013 9:42 am

    kalau tunggakan dalam 5000..ptptn kasi x agak2 byr 1k dlu ye? huhu

    • Reply bistari Mar 15, 2013 9:51 am

      boleh je..aku pun bayar 1k je ari tu..baki dorg suruh potong KWSP..x potong pun xpe..asalkan lepas tu bayar ikut schedule..
      try la check kat PTPTN..kalo whitelist lg..bayar je sikit2..janji bayar..

  17. Reply wanie Mar 15, 2013 10:47 am

    kalau keje sendiri xde kwsp.. camne lak..hehe.. mmg dah kena blaklist pon :( Karya terbaru wanie : Jadikan Smart Phone Anda Sebagai Modem

    • Reply bistari Mar 15, 2013 3:15 pm

      dah check latest status x?ramai yg bagitau name sblm ni blacklist..tapi check sekarang dah whitelist..kalo xde KWSP kene tanya la dorg..rasanya boleh je byr sikit..

  18. Reply wanie Mar 15, 2013 3:38 pm

    dah check tp still blacklist.. takut jugak dorg suruh byr jugak 5k tu..pengsan nak cari.. huhu
    Karya terbaru wanie : Jadikan Smart Phone Anda Sebagai Modem

  19. Reply sue Apr 23, 2013 2:33 pm

    kalo saya pergi ke kl sentral ptptn blh x?

  20. Reply sue Apr 23, 2013 4:17 pm

    oh terima kasih…

  21. Reply anna Jun 9, 2013 7:46 pm

    alhamdulillah,dpt jugak peace of mind bole cuti overseas.bolehla keja singapore lagi..now pk camne nk start pay balik.dah bg kemudahan tiada halangan ni bagus jgk release stress.bukan sesaja xnak byr,mcm2 komitmen.cuma mtk ringankan sketlah byran pendahuluan tu.xlarat,mana nk cekau

  22. Reply amin Jul 17, 2013 5:23 pm

    mungkin yang kena blacklist tu yang hutang ptptn sampai rm30,000 agaknya…

  23. Reply amin Jul 17, 2013 6:06 pm

    Tapi tak tau laaa… Sbb member yg loannya 10r dah 10 thn tak bayr tak kena blacklist…

  24. Reply amin Jul 18, 2013 12:58 pm

    Memang pun, cuba kau check dlm ptptn website… Sbb ikut law, :-[ kalau tak salah bankkrap baru boleh diblacklist keluar negara…

    • Reply Selebet Jul 18, 2013 2:55 pm

      aku dulu pun memang sangkut..
      xtau la kalo sekarang dorg dah x apply peraturan tu..
      sebab system yg kita check kat PTPTN tu link dengan imigresen..
      mybe imigresen la kot yang problem system..bkn PTPTN..

  25. Reply along Nov 29, 2013 11:56 am

    Aku da 6 tahun x byr2 pn ag pnjmn ni…klaw kje singapore ulang alik pn x leh gk ke klaw blacklist?

Leave a Reply

  

  

  

Pastikan Tatasusila anda di dalam komen yang anda sampaikan. Jika komen anda bakal menyinggung perasaan orang lain, admin akan delete serta merta. Komen berunsurkan politik adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin tidak akan bertanggungjawab di atas komen anda.

CommentLuv badge

Notify via Email Only if someone replies to My Comment

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)