Kemenangan ke atas Manchester 2-0 malam tadi menobatkan Barcelona sebagai Juara UEFA Champion League yang baru. Tahniah kepada pengurus muda, Pep Guardiola yang telah membawakan Barcelona menjadi juara pada kali ini. Gol dari Samuel Eto’o dan Leonel Messi memberikan seribu makna pada penyokong Barcelona.
Puas hati aku dengan berbaloinya aku bangun pagi untuk melihat perlawanan ini apabila menyaksikan menang besar Barcelona ke atas Juara Bertahan UCL, Manchester United. Corak permainan yang agak konsisten dari awal sememangnya aku dah menyangka Barcelona akan memenangi pada kali ini walaupun seawal 20 minit pertama.
Tapi aku agak tidak berpuas hati dengan kegairahan pemain untuk menyumbat gol terutamanya pada pasukan Man Utd yang terlalu berhati-hati agar gawang mereka tidak dibolosi. Seperti yang aku katakan dalam entry aku sebelum ni, kalah menang aku tak kisah tapi corak dalam perlawanan tu yang aku nak tengok. Ternyata betul sangkaan aku. Jika kita melihat perlawanan dengan kelab EPL maka corak pertahanan akan menjadi pilihan. Dan disebabkan inilah Man Utd tersungkur kerana terlampau berhati-hati.
Aku suka mendengar ulasan dari jemputan-jemputan ESPN mengenai pengurus baru Barcelona, Pep Guardiola. Dengan usia 38 tahun mampu mentadbir kelab gergasi seperti Barcelona dan membawa piala berharga bagi kelab tersebut. pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pengurus muda ini. Contoh paling besar adalah menjual 2 key player Barcelona iaitu Ronaldinho dan Deco. Pada mulanya aku memang was-was juga tengok Pep ni tapi lama kelamaan aku tengok memang la dia ni pengurus yang bukan calang-calang orangnya.
Apa-apa pun Barcelona telah berjaya menjulang piala UCL. Dan nasihat kepada C. Ronaldo (kalau dia pandai baca bahasa melayu la): Jangan marah orang kalau orang lain berlakon. Sedar la diri awak tu lagi kuat berlakon. Rasa keperitan sikit bila orang berlakon pada diri sendiri. Tak professional langsung









ades, kena aku kali ni. tp mmg barca layak digelar juara. tabik kepada gandingan messi, eto dan henry. mantap beb.
hehehe..rileks la..
cuma yang penting tradisi bertahan kelab EPL ni perlu diubah je..
kalo dulu rijkaard puji morinho sebab sedap lawan ngn chelsea..
tapi sekarang semua dah jadi sama..
bertahan.. :aie: