
Mungkin ramai lagi yang tidak tahu apakah maksud 786 yang ramai terdengar dan terlihat nombor ini. Sebagai contoh dalam lagu Alhamdulillah dendangan Too Phat, Yasin, Ahli Fikir dan Akbar, kalau anda perasan ada rangkap ini “786 alhamdulillah syukur”. Jom aku terangkan sikit apa maksudnya.
Sebenarnya ia adalah ilmu abjad di mana ayat atau perkataan dalam al-Quran akan digantikan dengan nombor. Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilmu ta’widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India. Setiap huruf arab mempunyai nilainya tersendiri seperti gambar di bawah
Jadi, 786 ni membawa maksud bismillahirrahmanirrahim apabila mengikut ilmu abjad ini.
Namun,di negeri Melaka dan Johor, fatwa negeri tersebut mengharamkan penggunaan ilmu ini kerana ia telah mengubah wahyu al-Quran. Boleh rujuk di sini untuk membaca fatwa tersebut. Jadi, bagi rakan-rakan yang mungkin terguna atau terpakai nombor ni lebih baiklah berhenti dengan segera.
Ramai yang tahu maksudnya tapi ramai ke yang tahu ada fatwa ni?

