• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Ikuti Bistari Corner

AA??Apa tu?? Ni bukannya bateri AA yang selalu kita guna tau. AA ni singatan bagi Apparatus Assignment. AA merupakan lesen bagi seseorang pengendali radio amatur nak memancar di udara. Bagi yang tak tau apa itu radio amatur, korang boleh la baca artikel dari wikipedia version melayu ni, http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_amatur.

Hari ahad yang lepas maka dapatlah AA ni berada di tapak tangan aku dalam sampul surat pos laju yang agak lusuh dah. Sebab tu la aku nak kolek by hand tapi tak dapat panggilan pun dari pihak berwajib. So, tau-tau dah sampai kat KL balik dah. Apa pun, alhamdulillah, akhirnya dapat juga AA yang aku tunggu selama ni. Sebelum ni, aku panas dengan pemegang callsign 9W2FZS, dia ni selau bakar line aku sebab dia dah dapat AA dulu pada hal ambil exam pada hari yang sama. Tapi dah dapat ni tak tau lak khabar berita dia. Tiba-tiba menghilangkan diri.

Handy: Keperluan paling basic yang perlu ada

Nak dapat AA ni bukan setakat isi borang je lepas tu terus dapat. Ada beberapa step kena buat. Mula-mula kena la isi borang untuk menduduki peperiksaan yang golongan-golongan radio amatur ni gelarkan, RAE(Radio Amature Exam). Dah isi , submit kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) sebelum tarikh permohonan ditutup. Jangan ingat hantar tu confirm dapat tau sebab tempat adalah terhad bagi setiap sesi. Kalau permohonan berjaya nanti korang akan dapat la surat then kena la jawab soalan sebanyak 100 soalan objektif mengenai Pengetahuan Radio Amatur dan juga pasal electronik. Dah lulus exam baru la leh isi borang untuk permohonan AA. Time ni la korang akan dapat callsign(macam no siri la) macam yang aku dapat, 9W2WRP. Callsign ni korang boleh pilih sendiri asalkan takde lagi orang lain guna.

Fungsi radio amatur ni nak ikutkan sama je la macam Facebook, Twitter, dan lain-lain rangkaian komunikasi kat dunia ni. Bezanya dari segi peralatan, cara dan peraturan. Sebagai contoh, Twitter memerlukan sekurang-kurangnya handphone yang support wap service, tapi Radio Amatur memerlukan handy(atau pun korang lagi kenal kalau aku sebut walkie talkie). Dari segi cara pula, Twitter menaip dan Radio Amatur bercakap. Akta pula, korang baca la sendiri kat twitter punya policy dan korang leh baca serba sedikit kat link yang aku bagi td (http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_amatur). Tapi tujuannya sama, berhubung antara rakan-rakan yang lain, dapat kawan baru, ilmu yang baru, dan macam-macam lagi.
Last sekali, aku kongsikan persatuan radio amatur yang ada kat Malaysia ni.

Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS) www.marts.org.my
Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Malaysia (ASTRA) http://www.astra.org.my/
Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society(MARES) www.mares.org.my
Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (PERAKAM) http://perakam.org
Persatuan Radio Amatur Pahang (PERAMAH) http://www.peramah.org.my/
Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) http://www.nesrac.org/
Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) http://www.jasra.org.my/
Persatuan Radio Amatur Perak (PARTS) http://www.parts.org.my/
Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR) http://www.pemancar.org/
Kelab Radio Amatur TIME (TIME ARC) www.timearc.org
Persatuan Radio Amatur Selangor (PRADAS) http://www.selangorham.org.my/
Kelab Radio Amatur PKG Segamat http://radioamaturpkgsegamat.blogspot.com/
Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan (AKRAB) http://akrabonline.blogspot.com/
Portal Radio Amatur Alor Setar (ASHAMRADIO) http://www.ashamradio.com
Amateur Radio Kota Bharu (ARKB) http://www.arkb.org.my
Rakan Radio Amatur Sg. Petani http://www.sphamradio.com
Persatuan Pemancar Radio dan Komunikasi Dua Hala Melaka (MERACC) http://www.meracc.ultramaya.com
Kinabalu Amateur Radio Transmitting Soceity (KARTS) http://www.9m6ktc.net
ILPKS Radio Amateur Sarawak http://www.ilpks.gov.my/amateurradio/
PERSATUAN RADIO AMATUR MELAKA (PERAKAM) http://perakam.blogspot.com
KELAB RADIO AMATUR PENGAKAP SUNGAI BESAR (KERAP) http://www.9m4csb.blogspot.com
KELAB PEMINAT KOMUNIKASI RADIO MERSING (KPKR) http://kpkrmg.blogspot.com/
KELAB PEMANCAR RADIO AMATUR PASIR PUTEH (PUTRA) http://putrappkn.blogspot.com/

AA 9W2WRP

AA Mobile: Untuk disimpan dalam dompet

Related posts:

SocialPromoter

4 Responses so far.

  1. mfadhlan says:

    wah…bestnye bro…soklan dia payah x?
    Karya terbaru mfadhlan : Bayar RM2…Call-SMS Puas2 seharian

    • Bistari says:

      @mfadhlan nak kata payah,x payah..nak kata senang pun x jugak..yg penting 1st 50 ke 60 soklan ntah, kene jwb ngn tepat sbb tu fakta tentang radio amatur..yg selebihnye pasal elektronik..kalo ko ingt lg kire2 die, leh la ko jwb ngn cemerlang..
      ko ingt lg x elektronik??aku mmg dh lupe lame dah..yg ingt mcm hukum ohm je..hahahaha :-P

  2. azura ke'ai says:

    tahniah bro!!! (^.~)


CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: