Gerun tak korang baca dengan tajuk di atas ni. Sesuatu perkara yang perlu korang ketahui apabila menjelmanya tahun 2038. Tolak tambah ada lagi 27 tahun lagi untuk tiba pada tahun tersebut. Dipercayai, pada tahun 2038, akan menyebabkan beberapa software di dunia yang menggunakan bahasa C dan menggunkan fungsi time_t akan mengalami masalah “rounding error”.time_t ni adalah datatype (defined dari time.h) yang ‘diakui’ oleh ISO C yang diukur dari 1 Januari 1970.
Dalam C, nilai maksimum untuk signed integer (32-bit) adalah 2,147,483,647 (hex: 0x7FFFFFFF). so, the problem is apabila tiba masa (int a = 0x7FFFFFFF) iaitu pada 3:14:7 pagi 19 Januari 2038. dan untuk saat berikutnye, iaitu a+1, a akan jadi 0×80000000, tapi disebabkan melebihi had maksimum untuk integer, maka “DateTime” akan direset balik ke tahun 1901 (sebab value a sekarang jadi -2,147,483,648). Kebanyakkan sistem unix 32-bit akan mengalami masalah ini, disebabkan hampir keseluruhan applikasi unix dibangunkan dengan C.
Apa Itu C?.Bahasa C adalah salah satu bahasa pemograman yang popular di dunia dan mempunyai kemampuan lebih dari bahasa pemograman yang lain. Banyak sekali aplikasi-aplikasi yang di tulis dalam bahasa C. Bahkan, Software Development Kit untuk Windows ditulis dalam bahasa C. Bahasa C merupakan bahasa pemograman yang sifatnya portable, iaitu dengan sedikit atau tanpa perubahan, suatu program yang ditulis dengan bahasa C pada suatu komputer dapat dijalankan pada komputer lain. Bahasa C merupakan general-purpose language yaitu bahasa pemograman yang dapat digunakan untuk tujuan apa saja. C merupakan industrial-strength language. Dengan bahasa C anda dapat membangun beragam aplikasi mulai dari pemograman sistem, aplikasi cerdas (artificial intelligence), sistem pakar, utility, driver, database, browser, network programming, sistem operasi, game, virus, dll.
.NET pulak ‘selamat’ dari problem ini disebabkan DateTime (structure untuk hold time) akan return data type long (maksimum value untuk long/int64 adalah 9,223,372,036,854,775,807) – unless kalo ade siapa-siapa yang main main dengan date gune COM object.
Apa Itu .NET?? (Microsoft .NET Framework).Microsoft .NET Framework ialah sebuah rangka kerja perisian yang boleh dipasang pada komputer yang mempunyai sistem pengendalian Microsoft Windows. Rangka kerja ini mengandungi sebuah pustaka kod yang besar dan mesin maya yang menjalankan atur cara-atur cara yang ditulis dalam rangka kerja ini. .NET Framework menyokong pelbagai bahasa-bahasa pengaturcaraan dan membolehkan keupayaan saling kendali antara bahasa, di mana setiap bahasa boleh mengguna pakai kod yang ditulis dalam bahasa lain; khususnya, pustaka .NET boleh dicapai dari semua bahasa pengaturcaraan yang disokong oleh .NET.
Jadi, bagi korang yang sekarang ni tengah buat programming C tu boleh la tukarkan sedikit apa-apa yang perlu bagi mengharungi tahun 2038.
Rujukan :
==> http://en.wikipedia.org/wiki/Year_2038_problem
==> http://2038bug.com/
Nasib baik company aku kerja sekarang ni guna asp.net. So, selamat dari ancaman bugs ni








